5 Strategi Pelaburan untuk Pemula

Sebagai instrumen yang berkuasa, pelaburan membolehkan anda menggandakan wang anda, sekaligus membantu anda mencapai matlamat kewangan masa hadapan. Bagi pelabur baharu atau pemula, mengetahui strategi-strategi pelaburan yang berguna adalah penting. Baca artikel berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknik-teknik pelaburan mesra pemula!

  1. Tetapkan matlamat pelaburan anda

    Mempunyai matlamat jangka panjang adalah amat berfaedah sekiranya anda ingin melabur. Dengan menetapkan matlamat jangka panjang, anda boleh lebih memahami nilai menabung. Rata-rata matlamat kewangan jangka panjang besar kebanyakan pelabur adalah untuk mempunyai wang atau simpanan yang cukup untuk persaraan. Objektif lain juga termasuk menyediakan belanjawan untuk pendidikan anak-anak, membeli rumah atau hartanah, atau lain-lain tujuan.Pertumbuhan portfolio pelaburan anda sangat dipengaruhi oleh tempoh pelaburan anda, jumlah wang yang anda laburkan dan pendapatan tahunan bersih modal anda. Untuk membantu anda menjimatkan lebih banyak wang, anda disarankan untuk mula melabur sekarang!

  2. Peruntukan Aset

    Adakah anda ingin mengimbangi risiko dan pulangan anda? Peruntukan aset adalah salah satu strategi penting untuk membantu anda mengimbangi risiko dan pulangan anda. Tetapi sebelum itu, anda perlu membuka akaun pelaburan dan mula membina portfolio anda.Peruntukan aset melibatkan memperuntukkan pelaburan anda kepada kelas aset yang berbeza, seperti bon, saham dan dana bersama. Pada garis masa berbeza sepanjang hidup anda, peruntukan yang paling sesuai untuk anda akan berbeza bergantung kepada jumlah yang anda ingin laburkan dan toleransi risiko anda. Maka, ini terpulang sepenuhnya kepada anda kerana keputusan untuk memperuntukkan dana adalah bersifat peribadi.

  3. Diversifikasi Pelaburan

    Diversifikasi adalah kaedah lain untuk mengurus risiko dalam portfolio anda. Jika anda membina portfolio dengan gabungan aset pelaburan, anda boleh mengelak daripada meletakkan semua telur anda dalam satu bakul. Selain itu, anda berpotensi untuk mendapat pulangan tertinggi apabila anda mempelbagaikan jenis-jenis aset pelaburan.Kebanyakan orang melabur dalam pelbagai jenis aset berdasarkan pemahaman bahawa jika satu aset hilang atau rugi, anda masih mempunyai aset-aset lain yang berupaya ‘menebus’ kerugian tersebut. Setiap segmen pelaburan di portfolio berbeza juga akan bertindak balas secara berlainan terhadap mana-mana peristiwa. Oleh itu, anda boleh menjangkakan bahawa faktor yang boleh menyebabkan satu kelas aset berprestasi rendah kemungkinan juga akan meningkatkan pulangan kelas aset yang lain.

  4. Pengimbangan semula

    Dari masa ke semasa, portfolio anda boleh berubah, mengalihkan kepelbagaian dan peruntukan aset anda. Sebagai contoh, katakan terdapat pasaran untung seperti saham dan ia mencapai prestasi mengagumkan di luar jangkaan. Anda mungkin mendapati bahawa anda kini memegang lebih banyak portfolio dalam saham daripada yang anda inginkan. Jadi, berkemungkinan anda perlu mengimbangi semula portfolio anda untuk memastikan portfolio anda selari dengan matlamat, jangka masa dan toleransi risiko anda.Untuk melakukan ini, anda boleh mencairkan pelaburan semasa pegangan anda tinggi dan gunakan hasil jualan tersebut untuk melabur dalam kategori aset kurang wajaran. Anda juga boleh membeli pelaburan baharu untuk kategori aset kurang wajaran atau mengubah sumbangan anda jika anda terus menambah pelaburan anda. Dengan cara ini, lebih banyak sumbangan boleh pergi ke kategori aset terkurang wajaran semasa anda menunggu portfolio anda kembali seimbang.

  5. Strategi ‘beli-dan-pegang’ untuk melabur

    Apabila pelabur mengamalkan strategi beli-dan-pegang, mereka biasanya akan membeli pelaburan dan berpegang padanya dalam jangka masa panjang. Kelebihan utama strategi ini ialah menjadikan perjalanan pelaburan anda lebih mudah kerana anda hanya perlu memilih jenis pelaburan di peringkat awal. Anda tidak perlu lagi menyemak nilai atau membuat apa-apa perubahan setelah anda membina portfolio anda. Strategi beli dan pegang boleh mengurangkan risiko membuat keputusan yang tidak tepat pada masanya.

Seperti yang kita sedia maklum, pelaburan adalah proses yang dinamik dan berterusan. Anda akan mengalami perubahan dalam hidup, matlamat dan keperluan kewangan anda mengikut situasi semasa anda. Jumlah wang yang perlu ada simpan atau laburkan akan bergantung terhadap faktor-faktor ini. Yang penting, pastikan anda sentiasa memantau portfolio anda dan membuat pelarasan mengikut keperluan.