Pertama kali declare cukai pendapatan? Gunakan panduan ini untuk daftar & isi borang e-filing di portal MyTax LHDN.

Setiap tahun bila masuk bulan Mac, mesti ramai yang mula sibuk fikir tentang cukai pendapatan individu dan cara nak isi e-Filing melalui portal rasmi LHDN MyTax. Untuk Tahun Taksiran 2025 (TT 2025), anda boleh mula hantar borang cukai bermula 1 Mac 2026. 

Kalau anda kali pertama nak declare cukai pendapatan, tak perlu risau. Sistem e-Filing direka supaya lebih mesra pengguna dan automatik kira cukai anda. Anda tak perlu pening-pening cara kira cukai pendapatan sendiri, sistem dah bantu siap-siap.

Kalau anda lebih selesa guna cara manual, iaitu isi borang kertas dan hantar ke cawangan LHDN, anda masih boleh buat begitu. Tapi perlu diingatkan, tarikh akhir untuk penghantaran manual biasanya lebih awal berbanding e-Filing. Proses kiraan cukai juga perlu anda buat sendiri secara manual.

Tapi kalau nak lebih mudah dan cepat, ramai yang dah beralih kepada sistem e-Filing sebab semuanya boleh diselesaikan secara online — dari daftar, isi borang, kira cukai, sampailah ke hantar borang. Anda juga boleh rujuk panduan rasmi isi borang e-filing melalui MyTax dalam bentuk PDF yang disediakan oleh LHDN sendiri.

Untuk bantu anda faham prosesnya, kami sediakan panduan lengkap cara daftar dan isi borang e-Filing menggunakan sistem MyTax LHDN.

Perlukan maklumat lanjut tentang cukai? Semak artikel kami tentang Pelepasan Cukai Pendapatan Individu 2026 dan Pelepasan Cukai Syarikat untuk SME 2026.

Pembiayaan MIkro/-i Funding Societies

Langkah-langkah isi borang e-Filing di MyTax

1. Daftar e-Filing kali pertama di MyTax

Kalau ini kali pertama anda nak guna sistem e-Filing, anda perlu daftar akaun dulu melalui langkah berikut:

  • Layari mytax.hasil.gov.my.
  • Klik butang e-Daftar.
  • Isi borang pendaftaran online dan muat naik dokumen pengesahan yang diminta.
  • Cetak borang tersebut dan bawa ke cawangan LHDN terdekat untuk dapatkan PIN pendaftaran kali pertama.

Nota: Simpan PIN tersebut kerana anda perlukan semasa log masuk kali pertama di MyTax.

2. Log masuk ke portal MyTax

Selepas dapat PIN, layari semula portal MyTax dan log masuk buat kali pertama. Masukkan PIN tadi dan cipta kata laluan baru. Pastikan kata laluan selamat dan mudah diingat.

Kalau anda dah pernah guna MyTax sebelum ini, terus log masuk guna ID Pengguna dan kata laluan sedia ada.

pandual lhdn e-filing: cara faftar di portal LHDN

3. Pilih borang e-Filing

Dari dashboard MyTax, cari seksyen e-Filing dan pilih Borang e-BE 2024 (atau borang yang sesuai mengikut kategori anda). Biasanya pilihan ini ada di bahagian bawah kanan laman utama.

4. Semak & kemaskini maklumat peribadi

Langkah seterusnya ialah semak maklumat peribadi anda. Kalau ada perubahan seperti status perkahwinan, alamat terkini, atau nombor akaun bank baru, anda boleh kemaskini terus di bahagian ini. LHDN akan memaparkan maklumat tersebut secara automatik, tetapi adalah lebih baik jika anda semak semula untuk memastikan semuanya betul.

Pastikan semua maklumat betul sebelum anda teruskan.

cara semak maklumat cukai pendapatan individu untuk LHDN e-filing 2024

5. Isi maklumat tambahan

Di bahagian ini, anda perlu jawab beberapa soalan tambahan — contohnya, ada tak jual hartanah atau aset yang dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

Kalau ada, nyatakan jenis hartanah dan maklumat berkaitan. Ini juga masa sesuai untuk kemaskini nombor telefon dan maklumat akaun bank, terutamanya kalau anda ada lebihan bayaran cukai untuk dipulangkan.

panduan isi maklumat tambahan untuk e-filing tahun taksiran 2024

6. Masukkan maklumat pendapatan

Sekarang, masukkan maklumat pendapatan anda. Sama ada anda makan gaji, berniaga sendiri atau penjawat awam. Pastikan anda masukkan jumlah pendapatan tahunan dengan betul.

Jangan lupa, kalau anda ada terima sumbangan atau derma, pastikan penerima sumbangan tersebut disenaraikan sebagai badan yang diluluskan LHDN. Anda boleh semak senarai terkini di laman web rasmi LHDN.

Selain itu, semak semula jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) dalam borang EA yang anda terima daripada majikan. Jumlah ini perlu sama dengan angka yang dipaparkan di MyTax.

7. Tuntut pelepasan cukai pendapatan

Ini bahagian yang ramai tunggu-tunggu, tuntutan pelepasan cukai!

Senarai penuh pelepasan cukai individu untuk tahun taksiran 2024 ada dalam sistem e-Filing, lengkap dengan had maksimum dan syarat yang perlu dipenuhi. Anda boleh rujuk terus di situ atau baca panduan penuh kami tentang Pelepasan Cukai Individu 2025 (TT2024) untuk maklumat lanjut.

Kalau anda pemilik syarikat kecil (SME), jangan lupa semak juga artikel kami tentang Pelepasan Cukai Perniagaan 2025 supaya anda tahu pelepasan dan rebat yang boleh dituntut oleh syarikat anda.

panduan e-filing: cara isi borang pelepasan cukai pendapatan individu 2024

Penting untuk anda simpan semua resit pembelian yang dituntut, sebab LHDN berhak minta bukti sekiranya audit dilakukan.

8. Semak ringkasan cukai anda

Dah lengkap semua maklumat? Pergi ke halaman ringkasan.

Di sini, sistem akan kira cukai pendapatan individu anda secara automatik. Inilah masa untuk anda semak berapa jumlah kena bayar, berapa lebihan bayaran (kalau ada), dan jumlah bayaran balik yang anda layak terima.

9. Declare, tandatangan & hantar

Sebelum hantar, semak semula semua maklumat untuk pastikan tiada kesilapan.

Dah yakin semuanya betul? Klik butang Tandatangan & Hantar. Sistem akan minta anda masukkan semula nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk tujuan pengesahan.

Lepas berjaya hantar, anda akan terima pengakuan penerimaan yang boleh dicetak atau muat turun untuk simpanan. Senang kalau perlu rujuk semula nanti.

Mudah je kan? Dengan sistem e-Filing, urusan cukai pendapatan individu jadi lebih cepat dan mesra pengguna. Jangan tunggu saat akhir, mula isi e-Filing anda sebaik saja Borang BE 2024 dibuka di MyTax.

Kenapa guna e-Filing untuk cukai pendapatan di Malaysia?

  • Lebih cepat dan lebih tepat berbanding pengisian manual
  • Boleh diakses dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja
  • Mengira jumlah cukai secara automatik
  • Mempunyai tarikh akhir yang dilanjutkan berbanding pengisian manual
  • Menyimpan rekod penghantaran e-Filing cukai pendapatan sebelum ini

Untuk lebih banyak tip tentang cukai dan pengurusan kewangan, layari blog Funding Societies!

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai MyTax dan Cara Fail Cukai Melalui e-Filing

MyTax Malaysia LHDN ialah aplikasi dan portal rasmi yang disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai menguruskan cukai pendapatan mereka secara dalam talian. Melalui MyTax, anda boleh hantar borang cukai, semak status bayaran, buat pembayaran dan akses rekod percukaian dengan lebih mudah.
Untuk mendaftar MyTax, anda boleh layari laman web rasmi LHDN atau muat turun aplikasi MyTax. Anda perlu masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dan melalui proses pengesahan identiti sebelum akaun diaktifkan.

Biasanya anda perlu sediakan:

  • Kad pengenalan (MyKad), atau

  • Pasport (bagi bukan warganegara)

Bagi individu bukan warganegara, dokumen tambahan seperti permit kerja mungkin diperlukan untuk tujuan pengesahan.

Semasa mengisi borang cukai dalam MyTax, anda perlu masukkan maklumat kewangan di ruangan yang disediakan seperti:

  • Pendapatan penggajian

  • Pendapatan lain (jika ada)

  • Potongan cukai

  • Pelepasan cukai yang layak

Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat dan berdasarkan dokumen sokongan seperti EA Form, penyata KWSP dan resit perbelanjaan.

Tarikh akhir biasanya April untuk penghantaran manual dan Mei untuk e-Filing.

Namun begitu, tarikh sebenar boleh berubah setiap tahun. Sentiasa semak laman web rasmi LHDN untuk pengumuman terkini.

Ya, pindaan boleh dibuat, tetapi tertakluk kepada syarat dan tempoh yang ditetapkan oleh LHDN. Jika anda tersilap isi atau tertinggal maklumat, rujuk garis panduan rasmi LHDN atau hubungi pusat khidmat pelanggan mereka untuk langkah seterusnya.

Apakah tarikh akhir e-Filing untuk tahun 2026?

Bagi Tahun Taksiran 2025 (difailkan pada 2026):

  • Individu tanpa pendapatan perniagaan (Borang BE)
    • Tarikh akhir 30 April 2026
    • Tempoh lanjutan e-Filing sehingga 15 Mei 2026
  • Individu dengan pendapatan perniagaan (Borang B):
    • Tarikh akhir 30 Jun 2026
    • Tempoh lanjutan e-Filing sehingga 15 Julai 2026
Untuk pemfailan semasa (YA 2025), resit biasa masih diterima sebagai dokumen sokongan. Namun, memandangkan pelaksanaan e-Invois LHDN telah bermula bagi banyak perniagaan bermula 1 Januari 2026, anda digalakkan untuk mula meminta e-Invoice bagi pembelian semasa. Ini membantu memastikan rekod transaksi anda direkodkan secara automatik dalam sistem dan memudahkan tuntutan pelepasan pada tahun berikutnya.

Kini anda boleh gunakan ciri e-KYC (pengesahan wajah) dalam aplikasi MyTax.

Langkahnya:

  1. Imbas MyKad anda

  2. Lakukan pengesahan selfie

  3. Reset sijil digital atau kata laluan

Proses ini boleh dilakukan tanpa perlu hadir ke cawangan LHDN.