Memulakan perniagaan di Malaysia memang mencabar, tetapi juga penuh ganjaran. Sama ada anda seorang usahawan baharu atau pemilik perniagaan sedia ada, cabaran utama yang sering dihadapi ialah mendapatkan pembiayaan atau dana mencukupi untuk memulakan, mengekalkan atau mengembangkan perniagaan. Tanpa akses kepada pembiayaan, banyak PKS berdepan dengan kesukaran untuk bergerak ke peringkat seterusnya.
Nasib baik, terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, institusi kewangan, pelabur persendirian dan platform digital. Panduan ini akan menerangkan beberapa pilihan utama yang boleh dipertimbangkan oleh PKS tempatan untuk memenuhi keperluan kewangan mereka.
6 Pilihan Pembiayaan Perniagaan untuk PKS di Malaysia
Berikut ialah enam jenis pembiayaan utama yang boleh dipertimbangkan oleh usahawan dan PKS di Malaysia:
1. Geran dan Pinjaman Kerajaan
Kerajaan Malaysia menyediakan pelbagai bantuan kewangan melalui agensi seperti MATRADE, SME Corp dan MTDC untuk merangsang pertumbuhan PKS.
Contoh:
- Market Development Grant (MDG) oleh MATRADE memberi geran sehingga RM300,000 secara rebat bagi membantu syarikat menyertai pameran perdagangan antarabangsa.
- National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) oleh MTDC menyediakan geran dari RM250,000 hingga RM5 juta untuk syarikat menguji produk, menjalankan penyelidikan atau membina model perniagaan baharu.
Bantuan ini biasanya datang dengan syarat khusus, dan permohonannya kompetitif. Namun, ia sangat membantu perniagaan yang ingin berkembang tanpa menanggung beban hutang yang tinggi.
2. Pinjaman Bank untuk PKS
Bank-bank utama di Malaysia menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk keperluan PKS, seperti:
- Pinjaman modal kerja untuk menampung kos harian seperti gaji, sewa dan stok
- Pembiayaan aset tetap untuk pembelian mesin, peralatan atau kenderaan syarikat
Antara bank yang aktif dalam sektor ini termasuk BSN, Bank Rakyat, Agrobank dan Bank Pembangunan Malaysia. Walaupun kadar faedah lebih rendah berbanding pembiayaan alternatif, syarat permohonannya lebih ketat. Contohnya, PKS harus mempunyai sejarah kewangan yang kukuh, pelan perniagaan terperinci dan kadangkala dikenakan cagaran.
3. Platform Pembiayaan Digital
Pembiayaan digital melalui platform seperti Funding Societies menawarkan pendekatan yang lebih mudah dan pantas. Melalui model rakan setara (P2P), pelabur individu membiayai perniagaan secara langsung.
Jenis pembiayaan termasuk:
- Pembiayaan mikro: Sesuai untuk perniagaan kecil yang baru bermula yang inginkin pembiayaan cepat lulus
- Pembiayaan bertempoh: Pinjaman jangka pendek untuk pelbagai keperluan perniagaan
- Pembiayaan invois: Membantu perniagaan mendapatkan tunai lebih awal berdasarkan invois tertangguh
Permohonan dilakukan dalam talian dan boleh diluluskan sepantas 15 minit. Ia amat sesuai untuk PKS yang memerlukan dana segera atau yang tidak layak mendapat pinjaman bank.
Selain itu, Funding Societies turut menawarkan produk pembiayaan patuh Syariah bagi usahawan yang mencari penyelesaian pembiayaan yang selaras dengan prinsip Islam. Dengan kelulusan pantas, syarat permohonan yang fleksibel dan proses sepenuhnya dalam talian, platform ini menjadi pilihan utama bagi ramai usahawan moden.
Lebih penting lagi, produk yang ditawarkan Funding Societies disesuaikan dengan keperluan pelbagai jenis perniagaan, samada anda PKS yang baru bermula atau perniagaan yang sedang berkembang pesat. Antara kelebihan utama termasuk:
- Proses permohonan yang ringkas
- Kelulusan dalam masa singkat (seawal 15 minit untuk pembiayaan mikro)
- Kadar pembiayaan yang kompetitif
- Pembiayaan tanpa cagaran (untuk jenis tertentu)
4. Pembiayaan Kontrak
Jenis pembiayaan ini membantu syarikat melaksanakan projek atau kontrak yang telah dimenangi tetapi memerlukan modal untuk memulakan kerja. Pembiaya akan menilai nilai kontrak dan menyediakan kredit berdasarkan jumlah tersebut.
Ia sering digunakan dalam industri pembinaan, pembekalan dan perkhidmatan profesional di mana kontrak besar memerlukan modal pendahuluan sebelum pembayaran diterima.
5. Modal Teroka (Venture Capital)
Modal teroka melibatkan pelaburan dari firma modal teroka ke dalam syarikat yang berpotensi tinggi untuk berkembang. Selain modal, pelabur juga biasanya menyediakan bimbingan strategik, rangkaian hubungan dan kepakaran dalam mengembangkan perniagaan.
Namun, pelaburan ini datang dengan harga. Pemilik syarikat perlu berkongsi pemilikan dan membuat keputusan bersama pelabur.
6. Pelabur Malaikat (Angel Investors)
Pelabur peribadi ini biasanya melabur pada peringkat awal sesebuah perniagaan. Mereka bukan sahaja menyuntik dana, malah memberi nasihat berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebagai usahawan.
Pelabur malaikat sesuai untuk usahawan yang mempunyai idea unik atau model perniagaan inovatif tetapi masih belum kukuh dari segi kewangan.
Penutup
Sama ada anda baru bermula atau ingin mengembangkan perniagaan, memahami jenis pembiayaan yang ada amat penting untuk memilih sumber yang paling sesuai. Setiap bentuk pembiayaan datang dengan faedah dan risikonya, jadi pilihlah mengikut keperluan, tahap risiko yang sanggup ditanggung, dan matlamat jangka panjang anda.
Jika anda perlukan akses segera kepada modal, Funding Societies menawarkan pelbagai penyelesaian pembiayaan PKS termasuk pembiayaan mikro, pembiayaan invois, dan pembiayaan bertempoh dengan syarat fleksibel dan kadar kompetitif. Ketahui lebih lanjut dan mohon hari ini!



