Memohon pembiayaan atau pinjaman perniagaan merupakan langkah penting untuk memastikan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) terus berkembang, menampung keperluan modal kerja, atau mengurus aliran tunai harian. Namun begitu, proses kelulusan pembiayaan tidak selalu mudah. Ramai pemilik perniagaan gagal mendapatkan kelulusan, meskipun perniagaan mereka sudah lama beroperasi.

Apakah puncanya? Dan bagaimana anda boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pinjaman mudah lulus? Artikel ini menghuraikan langkah-langkah praktikal yang boleh membantu anda membuat permohonan yang lebih meyakinkan.

Pembiayaan MIkro/-i Funding Societies

Pastikan Rekod Kewangan Perniagaan Konsisten dan Terkini

Tempoh operasi

Kebanyakan bank mensyaratkan perniagaan beroperasi sekurang-kurangnya satu hingga tiga tahun untuk layak memohon pinjaman. Namun, syarat platform pembiayaan digital biasanya lebih longgar. Bagi PKS yang mencari alternatif kepada pinjaman mudah lulus daripada bank, Pembiayaan Mikro/-i Funding Societies terbuka kepada perniagaan yang telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan.

Penyata bank

Pihak pembiaya biasanya meminta penyata bank perniagaan bagi tempoh enam bulan terkini. Pastikan aliran tunai perniagaan anda stabil dan konsisten, kerana ini menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menampung bayaran balik pembiayaan.

Semak Skor Kredit dan Urus Komitmen Kewangan Anda

Skor kredit peribadi dan perniagaan

Walaupun anda memohon atas nama syarikat, skor kredit peribadi tetap memainkan peranan, terutamanya bagi pemilik perniagaan milikan tunggal atau perkongsian. Rekod bayaran lambat, tunggakan kad kredit, atau pinjaman lain yang tidak diurus dengan baik boleh menjejaskan permohonan anda.

Semak skor kredit anda lebih awal melalui agensi seperti CTOS atau CCRIS. Jika terdapat isu, ambil tindakan untuk memperbaiki sebelum membuat permohonan.

Komitmen bulanan

Hitung jumlah komitmen kewangan bulanan anda, termasuk pinjaman sedia ada dan kos operasi. Pastikan anda benar-benar mampu membayar balik jumlah pembiayaan yang dimohon tanpa menjejaskan aliran tunai.

Jelaskan Tujuan Permohonan Pembiayaan Anda

Setiap pemberi pembiayaan akan menilai tujuan permohonan anda. Adakah pembiayaan diperlukan untuk membeli stok, membayar gaji pekerja, atau membiayai pengembangan perniagaan?

Permohonan yang tidak mempunyai tujuan jelas atau pelan penggunaan dana yang meyakinkan berisiko ditolak. Pastikan anda tahu dengan tepat bagaimana dana tersebut akan digunakan dan bagaimana ia memberi nilai tambah kepada perniagaan anda.

Fahami Had Kelayakan dan Struktur Pembiayaan

Salah satu sebab permohonan ditolak ialah kerana jumlah yang dimohon melebihi kemampuan pemohon. Pihak pembiaya akan menilai sama ada aliran tunai perniagaan anda mampu menampung bayaran balik, selepas mengambil kira komitmen kewangan sedia ada.

Jika anda ingin pinjaman mudah lulus, mohon jumlah yang lebih realistik berdasarkan keperluan sebenar dan kemampuan bayaran. Semak juga:

  • Tempoh pembiayaan
  • Kadar keuntungan/faedah
  • Sama ada perlu cagaran atau tidak

Contohnya, Pembiayaan Mikro/-i Funding Societies tidak memerlukan cagaran dan menawarkan tempoh bayaran balik sehingga 18 bulan. Ini mungkin sesuai untuk PKS yang memerlukan dana dalam masa singkat.

Sediakan Dokumen Sokongan yang Lengkap

Ramai pemohon gagal menyediakan dokumen yang lengkap atau terkini, menyebabkan permohonan mereka ditangguhkan atau ditolak. Antara dokumen yang biasa diminta termasuk:

  • Penyata bank 6 bulan terkini
  • Lesen perniagaan (SSM)
  • Profil syarikat
  • Penyata kewangan atau penyata untung rugi ringkas

Lebih lengkap dan tersusun dokumen anda, lebih mudah untuk pihak pembiaya membuat penilaian.

Kalkulator SME Pembiayaan Mikro/-i

Anggarkan bayaran bulanan anda berdasarkan Pembiayaan Mikro/-i Funding Societies. Pembiayaan sehingga RM200,000 dengan tempoh sehingga 18 bulan dan kadar bulanan daripada 0.8% hingga 1.5%.

Berapakah jumlah pembiayaan? RM 50,000.00
RM 3,000 RM 200,000
Tempoh pembiayaan
Kadar bulanan (% sebulan)

Anggaran Bayaran Bulanan Anda

RM 5,133.33

*Jumlah adalah anggaran berdasarkan maklumat asas diberi. Jumlah sebenar mungkin berubah berdasarkan maklumat penuh pemohon.

Mohon sekarang

Kesimpulan

Permohonan pembiayaan atau pinjaman perniagaan memerlukan persediaan rapi, bukan sekadar mengisi borang. Anda perlu tahu keperluan sebenar syarikat, memastikan kewangan berada dalam keadaan sihat, dan menyediakan dokumen yang lengkap serta meyakinkan. Dengan persediaan yang rapi, peluang anda untuk mendapat pinjaman mudah lulus akan jadi lebih tinggi.

Jika anda sedang mempertimbangkan pinjaman mikro untuk mengembangkan perniagaan, Funding Societies menawarkan Pembiayaan Mikro/-i yang fleksibel tanpa cagaran, termasuk pilihan patuh Syariah. Anda boleh mohon secara digital sahaja.