Memohon pembiayaan atau pinjaman perniagaan merupakan langkah penting untuk memastikan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) terus berkembang, menampung keperluan modal kerja, atau mengurus aliran tunai harian. Namun begitu, proses kelulusan pembiayaan tidak selalu mudah. Ramai pemilik perniagaan gagal mendapatkan kelulusan, meskipun perniagaan mereka sudah lama beroperasi.
Apakah puncanya? Dan bagaimana anda boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan pinjaman mudah lulus? Artikel ini menghuraikan langkah-langkah praktikal yang boleh membantu anda membuat permohonan yang lebih meyakinkan.
1. Pastikan Rekod Kewangan Perniagaan Konsisten dan Terkini
Tempoh operasi
Kebanyakan institusi kewangan mensyaratkan perniagaan beroperasi sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun untuk layak memohon pembiayaan. Namun, beberapa platform pembiayaan digital seperti Funding Societies menawarkan alternatif pinjaman mudah lulus kepada PKS yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun.
Penyata bank
Pihak pembiaya biasanya meminta penyata bank perniagaan bagi tempoh enam bulan terkini. Pastikan aliran tunai perniagaan anda stabil dan konsisten, kerana ini menunjukkan keupayaan perniagaan untuk menampung bayaran balik pembiayaan.
2. Semak Skor Kredit dan Urus Komitmen Kewangan Anda
Skor kredit peribadi dan perniagaan
Walaupun anda memohon atas nama syarikat, skor kredit peribadi tetap memainkan peranan, terutamanya bagi pemilik perniagaan milikan tunggal atau perkongsian. Rekod bayaran lambat, tunggakan kad kredit, atau pinjaman lain yang tidak diurus dengan baik boleh menjejaskan permohonan anda.
Semak skor kredit anda lebih awal melalui agensi seperti CTOS atau CCRIS. Jika terdapat isu, ambil tindakan untuk memperbaiki sebelum membuat permohonan.
Komitmen bulanan
Hitung jumlah komitmen kewangan bulanan anda, termasuk pinjaman sedia ada dan kos operasi. Pastikan anda benar-benar mampu membayar balik jumlah pembiayaan yang dimohon tanpa menjejaskan aliran tunai.
3. Jelaskan Tujuan Permohonan Pembiayaan Anda
Setiap pemberi pembiayaan akan menilai tujuan permohonan anda. Adakah pembiayaan diperlukan untuk membeli stok, membayar gaji pekerja, atau membiayai pengembangan perniagaan?
Permohonan yang tidak mempunyai tujuan jelas atau pelan penggunaan dana yang meyakinkan berisiko ditolak. Pastikan anda tahu dengan tepat bagaimana dana tersebut akan digunakan dan bagaimana ia memberi nilai tambah kepada perniagaan anda.
4. Fahami Had Kelayakan dan Struktur Pembiayaan
Salah satu sebab permohonan ditolak ialah kerana jumlah yang dimohon melebihi kemampuan pemohon. Sebagai panduan, bank biasanya hanya meluluskan jumlah pembiayaan sekitar 30% daripada keseluruhan komitmen kewangan anda.
Jika anda ingin pinjaman mudah lulus, mohon jumlah yang lebih realistik berdasarkan keperluan sebenar dan kemampuan bayaran. Semak juga:
- Tempoh pembiayaan
- Kadar keuntungan/faedah
- Sama ada perlu cagaran atau tidak
Contohnya, pembiayaan mikro tanpa cagaran seperti di Funding Societies menawarkan struktur bayaran yang lebih fleksibel. Ini mungkin lebih sesuai untuk PKS yang perlukan pinjaman mudah lulus dalam masa singkat.
5. Sediakan Dokumen Sokongan yang Lengkap
Ramai pemohon gagal menyediakan dokumen yang lengkap atau terkini, menyebabkan permohonan mereka ditangguhkan atau ditolak. Antara dokumen yang biasa diminta termasuk:
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Lesen perniagaan (SSM)
- Profil syarikat
- Penyata kewangan atau penyata untung rugi ringkas
Lebih lengkap dan tersusun dokumen anda, lebih mudah untuk pihak pembiaya membuat penilaian.
Kesimpulan
Permohonan pembiayaan atau pinjaman perniagaan memerlukan persediaan rapi, bukan sekadar mengisi borang. Anda perlu tahu keperluan sebenar syarikat, memastikan kewangan berada dalam keadaan sihat, dan menyediakan dokumen yang lengkap serta meyakinkan. Dengan persediaan yang rapi, peluang anda untuk mendapat pinjaman mudah lulus akan jadi lebih tinggi.
Jika anda sedang mencari pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan, Funding Societies menawarkan pembiayaan mikro yang fleksibel dan mudah, termasuk pilihan patuh syariah tanpa cagaran. Anda boleh mohon secara digital sahaja di fundingsocieties.com.my


